Friday, December 7, 2012

Dream For Love ~ Episode 2


"S..se...s.. Seunghyung"kata Ji Hyo tergagap-gagap di hadapan ketua pengawas sekolahnya itu.
"Ni kali pertama kita jumpa kan? Jangan panggil aku Seunghyung. Panggil aku TOP."
"Te..t...te.. TOP..."kata Ji Hyo sekali lagi tergagap.
"Ya, TOP. Kenapa TOP? Sebab aku selalu TOP dalam setiap benda."
'Eiii. Perasannya mamat ni. Aku cepuk karang.' kata Ji Hyo dalam hati.
"Apa yang kau buat kat sini? Ponteng eh?" tanya TOP.
"T..te..tak." kata Ji Hyo lagi.
"Aduh, apa masalah kau ni? Tergagap-gagap? Takut sangat aku laporkan kat Cikgu Bom eh?" Tanya TOP sambil tersenyum jahat.
"Bu..bukan. S..se..saya baru balik dari bilik guru." jawab Ji Hyo takut-takut.
"Kalau kau baru balik dari dari bilik guru pon, kenapa kau duduk kat sini? Ni kelas kau eh?" sindir TOP.
"Bukanlah!" Akhirnya Ji Hyo sudah tidak gagap lagi.
"Dah tu?"
"Aku nak balik kelas ah ni!" tiba-tiba sahaja Ji Hyo menggelarkan dirinya 'aku' dengan TOP. Ji Hyo pantas bangun dari tempat duduknya. Tetapi tangan Ji Hyo lantas dipegang oleh TOP.
"Eh, apa ni? Lepas lah!" jerit Ji Hyo.
"Kau nak aku laporkan kat Cikgu Bom ke yang kau ponteng ni?" kata TOP sambil tersenyum menyindir.
"Tak nak." kata Ji Hyo.
"Kalau macam tu kau kena buat apa yang aku suruh." kata TOP.
'Apalah. Semua orang sama je! Tak habis2 nak menyusahkan aku.'kata Ji Hyo didalam hati.
"Boleh tak?"
"Apa yang kau nak aku buat?"
"Kau kena jadi hamba aku. Apa aku suruh kau kena buat." kata TOP. Selamba.
"Apa masalah kau ni? Nama aku pon kau tak tahu!"
"Siapa kata kau tak tahu? Wahai cik Song Ji Hyo" Kata TOP.
Ji Hyo cuma mendiamkan diri.
"Nak ke taknak? Kalau nak, kau selamat. Kalau taknak, mungkin kau akan dibuang sekolah." TOP memberi 2 kata.
"Baiklah." kata Ji Hyo. TOP tersenyum puas.
"Bak sini nombor telefon kau. Senang sikit aku nak contact." kata TOP.
'Mamat ni memang cari pasal lah!' kata Ji Hyo. Tanpa membantah, Ji Hyo memberi nombornya kepada TOP.
"Baiklah, mulai esok, kau akan jadi hamba aku." kata TOP lalu kelaur dari bilik musik itu.



"Ji Hyo!" jerit Eun Jung dan Ji Yeon.
"Kau pergi mana tadi?" Tanya Ji Yeon.
"Aku? Tak pergi mana2 pon. Jumpa Cikgu Yunho je." jawab Ji Hyo.
"Takkan la lama sangat awak jumpa Cikgu Yunho?" tanya Eun Jung pula
"Memanglah lama. Macam2 masalah Cikgu Yunho tu bagi kat aku" Kata Ji Hyo.
"Hm, iyelah." jawab Eun Jung.
"Nasib baik Cikgu Boram tak datang hari ni. Kalau tak, mesti banyak kau kena soal siasat dengan dia!" kata Ji Yeon.
"Betul ke? Wah! Bagus. Aku ingatkan masa dia dah habis. Rupanya dia tak datang. Fuh, selamat. Eun Jung ~ Laparlah. Ada makanan lebih tak tadi?"
"Eh, ada-ada!" kata Eun Jung lalu mengeluarkan bekal bentonya.
"Gomawo (terima kasih) Eun Jung" ucap Ji Hyo.
"Eh! Takde ape pon tu. Hehehe." kata Eun Jung.
"Aish kau ni! Spek tu dah nak masuk dalam sup tahu tak?" kata Ji Yeon. Mereka bertiga ketawa.

Tiba-tiba pintu kelas mereka diketuk. Pelajar-pelajar perempuan mula terjerit2 seperti orang gila apabila pintu kelas dibuka!

"OMG! TOP!"
"TOP!!!!!!!"
"Oppa!!!!"

Pelbagai jeritan keluar dari kelas itu. Seorang pelajar perempuan mendekati TOP.
"Oppa... Nak cari Seohyeon ke?" kata Seohyun lalu geng2 dia tergelak. Ji Hyo terkejut melihat TOP lalu memalingkan kepalanya.

Namun tindakan Ji Hyo terlalu lambat. TOP sudah mengesan dia. TOP masuk ke kelas itu lalu memegang bahu Ji Hyo. Ji Hyo terkejut kerana tidak sangka TOP dapat mengesan dia.

"Kita perlu tepati janji. Jom ikut aku." kata TOP.
"Kan sekarang waktu belajar?" kata Ji Hyo. Perlahan. 
"Lagi 5 minit hendak balik. Jom ikut aku." TOP menarik tangan Ji Hyo lalu membawa Ji Hyo ke kelasnya.

"Apasal kau ni TOP? Kenapa kau tarik aku macam tu? Esok mesti ramai nak Anti aku. Kau ni memang cari pasal!"
"Kelas aku hari ni ada kelas gym waktu akhir. Hari ni aku bertugas. So, kau dah janji. Kau kena sapu sampah dengan lap tingkap. Semoga berjaya." kata TOP tanpa menghiraukan kata-kata Ji Hyo.
"TOP! Kau ni kan memang...." belum sempat Ji Hyo menghabiskan ayatnya, TOP sudah meninggalkan kelas itu.

"Ish. Tak guna punya TOP." kata Ji Hyo lalu mengambil penyapu dan menyapu seluruh kawan kelas itu.
"Ji Hyo!!!!" jerit satu suara.
"Oh mak kau tergolek." Aish! Kau ni kan Hong Ki. Selalu buat aku terkejut." kata Ji Hyo.
"Kau buat apa kat sini? Kenapa kau sapu kelas ni?" tanya Hong Ki.
"Ntah. Aku tetiba rajin." jawab Ji Hyo
"Aish! Kalau kau rajin sekali pun, kau taknak balik ke? Jom lah. Aku belanja ice blended. ehh?" Tanya Hong Ki.
"Aku kena siapkan kerja ni la Hong Ki.."
"Alahhhhhhhhhhhh!!!!"
"Dah la, pergi lah balik."
"Ji Hyo~!!"
"Apa?"
Tiba-tiba Ji Hyo tergelak.
"Kenapa? Tak comel ke?" tanya Hong Ki
Ji Hyo masih ketawa melihat muka Hong Ki seperti itu.
"Ish. Sudah la. Aku nak balik. Babai Ji Hyo!!" 
"Bye Hong Ki." Ji Hyo melambaikan tanganya.

Selesai membersihkan kelas itu, Ji Hyo mengambil begnya dari lokar dan keluar dari kawasan sekolah. Sekali lagi Ji Hyo terkejut.



^^B E R S A M B U N G^^









































♥Gomawo Sebab Baca Entry Ira♥

0 comments:

Post a Comment