Monday, December 10, 2012

Dream For Love ~ Episode 7

"Pelik betul diorang tu. Awal betul nak balik" Kata Aron.
"Aku pon nak balik lah. Dah lewat. Aku pergi dulu eh korang. Bye!"kata Ji Hyo lalu keluar dari kedai aiskrim itu.
"Eh, saya pon nak baliklah." kata Jessica.
"Apsal dengan diorang semua tu? Kita dah belanja ais krim nak lari pulak."kata Sung Min.
"Diorang ada kerja kot." kata Soo Hyun



"Macam mana la aku boleh lupa hari ni ada kerja. Macam mana aku nak pergi sekolah esok kalau basikal pancit. Aduhai." keluh Ji Hyo. Sedang dia berjalan balik ke rumah, tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di sebelahnya. Ji Hyo tidak tahu apa-apa dan terus berjalan.

"Ponnnnnnnnnnnnnnnnnn!"

"Oh omma kau beruk!" latah Ji Hyo. 
"Eii kurang asam nak hon-hon pulak. Aku ada kacau dia ke?" kata Ji Hyo kemudian sambung berjalan.

"Oi Ji Hyo!" jerit satu suara.
"Hah?" Ji Hyo terkejut lalu berpaling ke belakang.
"TOP?" Ji Hyo terkejut melihat lelaki itu.
"Kau nak pergi mana?" tanya TOP
"Eiii. Tak payah la sebok. Pergi lah dengan urusan kau tu."kata Ji Hyo lalu berpaling pergi.
"Aku nak tumpangkanlah! Jom lah." pelawa TOP.
"Terima kasih aje lah. Dah nak sampai dah pon." tolak Ji Hyo.
"Kau jangan menyesal pulak nanti." kata TOP.
"Kenapa aku nak menyesal pulak? Sebab tak terima pelawaan kau? Sudah lah. Aku nak balik. Bye." kata Ji Hyo lalu menyambung perjalanannya.

'Buang tebiat ke mamat tu nak tumpangkan aku?' kata Ji Hyo. Tanpa Ji Hyo sedari, TOP mengikut dia dari belakang. Apabila sampai dirumah Ji Hyo, Ji Hyo masuk ke rumahnya.

'Ni ke rumah dia? Kecik je. Dia tinggal sorang je kan?' kata TOP lalu membawa keluar telefon bimbitnya.

'Ji Yeon, Ji Hyo tinggal sorang kan?'

'Ya. Kenapa?'

'Takde ape. Gomawo.'

'K'

"Baik aku balik sebelum dia nampak aku. Kalau dia nampak nanti tak pasal2 aku kena cepuk" kata TOP lalu mengundur.

~

"Kenapa korang balik awal semalam?" tanya Ji Hyo kepada Ji Yeon dan Eun Jung.
"Kitorang ada kerja sikit. Hehhehe." jawab Ji Yeon. Eun Jung cuma mencebik. Sedang mereka berbual-bual. Ji Hyo terdengar perbualan murid perempuan disebelahnya.

"Eh, kau tahu tak TOP nak pindah minggu depan?" kata Min-ha
"Serious? Why suddenly? Macam mana kau tahu?" tanya Eun Ha.
"Tak tahu. Ayah dia nak hantar dia pergi luar negara. Aku dengar kat bilik guru. Cikgu Yunho tengah cakap ngan Cikgu Bom." kata Min Ha.
"Apelah. Sepatutnya bagi la TOP tinggal sini. Tinggal setahun je lagi." kata Eun Ha sambil mengeluh.
"Tulah pasal."

'Apa? Dia nak pindah sekolah? Dia nak kenakan aku lagi ke?' kata Ji Hyo.
"Ji Hyo, kenapa ni?" tanya Jessica.
"Hah? Takde apelah." kata Ji Hyo.
"Eiiiii! Nampaknya dah ada orang jatuh cinta kat kelas kita ni." kata Ji Yeon
"Kau! Aish! Mana ada. Aku tengah berfikir je lah. Sebok je" kata Ji Hyo. Ji Yeon ada ketawa.

~

Ji Hyo mencari TOP di merata-rata tempat selepas tamat sesi persekolahan. Cari-cari, akhirnya Ji Hyo jumpa TOP di dalam gym.

"Oi bingu TOP!" kata Ji Hyo sambil menepuk bahu TOP.
"Kau panggil aku bingu?" tanya TOP sambil memandang kearah Ji Hyo.
"Lah. Tu pon nak marah. Apsal kau lepak sini? Taknak balik ke?" tanya Ji Hyo.
"Aku saja je nak lepak sini. Kau tak nak balik ke? Pergi lah balik. Semak betul." kata TOP. Ji Hyo tak menghiraukan kata-kata pedas TOP itu.
"Aku nak tanya lah Tabi!!!" kata Ji Hyo.
"Kau ni kan, macam-macam nama panggilan kau bagi kat aku. Bingu lah, Tabi lah." kata TOP.
"Aku nak tanya lah." kata Ji Hyo.
"Tanya apa? Tanya ajelah."kata TOP
"Kau nak pindah eh?" Tanya Ji Hyo tanpa ragu-ragu. TOP terkejut lalu memandang ke arah Ji Hyo.
"Apa kau cakap ni?" tanya TOP.
"TOP, please la cakap benda betul." kata Ji Hyo.
"Kalau aku pindah pon apa masalahnya." kata TOP.
"TOP. Aku tanya elok2. Baik kau jawab betul2." kata Ji Hyo yang sudah hilang sabar.
"A'ah. Aku nak pindah. Jadi apa masalah kau? Kau suka lah? Sebab aku dah tak dera kau lagi?" tanya TOP bertubi-tubi.
"Apasal tiba-tiba?" tanya Ji Hyo.
"Bapak aku ada kerja ah." kata TOP.
"Aku pergi dulu." kata Ji Hyo lalu berlalu keluar dari gym. TOP cuma tersenyum.

Ji Hyo berlari keluar dari sekolah itu dan duduk diatas bangku.
'Apa dia ingat dia bagus sangat? Pindah lah! Aku tak pernah nak menangis sebab kau pon!'
Ji Hyo memarahi TOP sepuas hati. Tapi dia tak mampu nak cakap seperti itu dihadapan TOP.






































♥Gomawo Sebab Baca Entry Ira♥

Saturday, December 8, 2012

Dream For Love ~ Episode 6


Ji Hyo,Jessica,Ji Yeon,Eun Jung,Hong Ki,Soo Hyun,Sung Min,Aron. Mereka berjalan ke gym bersama-sama.
"Korang, jom lawan basketball nak?" cadang Aron.
"Boleh aje, team?" tanya Hong Ki
"Lelaki lawan Perempuan?" cadang Soo Hyun.
"Eh! Mana aci macam tu. Lelaki lagi kuat dari perempuan. Susah la perempuan nak menang" bantah Ji Hyo.
"Alah! Team korang dah ada yang macam lelaki. Boleh la kan?" kata Sung Min
"Apa?!" jerit Ji Hyo.
"Hahahaha, aku gurau je ok. Gurau!" kata Sung Min.
"Okay, jom tengok! Siapa kalah belanja makan Baskin Robins ok?
"Alright. No hal. Hong Ki, kau pergi amek jersi kat belakang." arah Aron.
"Apasal aku lagi? Ish -.-" kata Hong Ki


" Ok. Team mana yang kalah, belanja Baskin Robins. Deal." kata Ji Yeon
"No hal lah Ji Yeon ~" Kata Soo Hyun.

Selepas mereka bermain, mata berakhir dengan 11-9

"Janji tetap janji, Aron,Soo Hyun,Hong Ki, Sung Min! Belanja kitorang ice cream!" kata Eun Jung.
"Eh? Sejak bila kita janji ni?" Tanya Aron.
"ARON!!!!!!!!" Jerit mereka berempat.
"Oh okay okay okay! Jom!" ajak Aron






"Kenapa korang beli yang mahal2. Pokailah aku kalau macam ni" kata Hong Ki.
"Alah Hong Ki, bukannya kau bayar sorang. Yang lain pon bayar." kata Ji Yeon.
"Entah." sambung Eun Jung.
"Ni semua sebab ketinggian si Ji Hyo la ni!" kata Soo Hyun.
"Apa pulak salah ketinggian aku?" kata Ji Hyo.
" Kau jadi la Shooter lain kali. Tak aci betul jadi defend." Kata Hong Ki.
"Hong Ki! Kau lagi tinggi dari dia kenapa kau tak dapat defend? Marah orang pulak" kata Ji Yeon.
"Ish. Aku ni baik. Kena la jadi macho. Bagi perempuan menang." kata Hong Ki.
"Sukahatilah." Sedang mereka rancak berbincang, tiba-tiba telefon Ji Hyo berbunyi.
"Eh korang, aku keluar sekejap eh." Kata Ji Hyo.

Ji Hyo: Apa?
TOP: Kau kat mana?
Ji Hyo: Aku kat Baskin Robin. Kenapa?
TOP: Dengan siapa?
Ji Hyo: Dengan kawan-kawan.
TOP: Bagus la tu.
Ji Hyo: Apesal kau telefon aku?
TOP: Takde ape. Saje. Aku bosan. So aku rasa nak kacau orang.
Ji Hyo: Kacau la orang lain. Kenapa nak kacau aku. Hampeh
TOP: Kau je yang boleh layan aku macam tu.
Ji Hyo: Macam mana?
TOP: Macam orang yang tak suke aku.
Ji Hyo: Ish. Ape ape jelah. Ok bye.

Ji Hyo terus meletakkan telefonnya tanpa menunggu balasan TOP.
'Apasal la dia tu asyik nak kacau aku je.' kata Ji Hyo. Dia kembali bersama rakan2nya yang lain.

"Eh korang, aku kena balik dah ni. Bye korang!" Kata Ji Yeon sambil menarik lengan Eun Jung.
"Eh Ji Yeon. Kenapa ni? Awalnya kita nak balik?" tanya Eun Jung.
"Sorry Eun Jung. Terpaksa libatkan kau. Aku nak kentut lah." kata Ji Yeon.
"Ish! Tak guna punya kawan. Sudah la! Alang-alang tu jom kita balik." kata Eun Jung





































♥Gomawo Sebab Baca Entry Ira♥

Minho SHINee ~!


Tadi dah penat cerita pasal Wawan,
Sekarang Ira nak cerita pasal Minho SHINee pulak.
Apanya?
Apa dah jadi pada dia? 
Ei -.-
Hari ni birthday dia jugak!
Bukti? 
Sini bukti -.-


Hah? Nampak tak nampak tak?





Happy birthday Minho oppa ^^v


♥Gomawo Sebab Baca Entry Ira♥

Happy Birthday Wawan Wiwin Wuwun ^^


Hah! Ni kenapa pulak Wawan Wiwin Wuwun segala ni?
Haaaaaaaa! Tulah! Tak kenal lagi!
Siapa tak kenal Wawan tu?

Wawan!
Hari!
Ni!
Birthday!
Dia!

Turning 15 already ^^
Ramai budak TS yang bagi hadiah kat dia ^^

Hadiah First:
Hadiah ni dari Fatin :D
Nicki Minaj for sure -.-


Hadiah second:
Hadiah ni dari Nia Ain ^^
Comel kan :3


Hadiah third:
Hadiah ni dari Ira sendiri!!
Well Ira tak pandai edit sangat guna Photoshop ._.


Yang lain Ira tak jumpa hadiah ~ Ira jumpa status je ._.


Tu jelah yang Ira jumpa setakat ni -.-
Wawan, Wawan, Wawan, Wawan, Wawan, 
Semoga panjang umur tau tau tau tau!
May god bless you ^^
Ikhlas ni tau tau tau ! :3

Wawan a.k.a Rizuan
Happy Birthday ^^










♥Gomawo Sebab Baca Entry Ira♥

Dream For Love ~ Episode 5

"Ji Hyo." panggil TOP
"Omak kau terpelanting. Ish! Kau jangan buat aku terkejut boleh tak?" marah Ji Hyo.
"Apesal kau menangis kat bilik muzik tadi?" Tanya TOP. Ji Hyo terkejut dengan pertanyaan TOP itu.
"Aku ada masalah aku sendiri.Tak payah risau lah." kata Ji Hyo.
"Aku tak risau pon ok. Aku cuma taknak kesedihan kau tu mengganggu kerja kau sebagai hamba aku." kata TOP lalu meninggalkan Ji Hyo. Ji Hyo pelik melihat tindakan TOP itu. Ji Hyo berjalan kembali ke kelas.

"Ji Yeon, aku nak mintak tolong boleh tak?" Tanya Ji Hyo.
"Apa dia?" tanya Ji Yeon
" Aku nak pinjam duit sikit. Aku belum bayar yuran.." kata Ji Hyo sambil menunduk.
"Untuk berapa bulan?" Tanya Ji Yeon.
"Untuk 3 bulan..." kata Ji Hyo.
"Esok aku bagi ye? Sebab tulah Cikgu Yunho panggil kau tiap-tiap minggu? Apesal kau rahsiakan? Citer ajelah kat aku." kata Ji Yeon.
"Tapi, tak ape ke? Aku pinjam duit kau?" tanya Ji Hyo
"Apa masalahnya? Duit yang mak aku tinggalkan untuk aku tu cukup untuk aku sorang." balas Ji Yeon.
"Terima kasih, Ji Yeon." kata Ji Hyo lalu memeluk kawan baiknya itu.
"Esok kita jumpa dekat Sushi King ye? Lepas tu lusa kau boleh bagi Cikgu Yunho." cadang Ji Yeon.
"Ok." balas Ji Hyo.

Hati Ji Hyo lega sedikit apabila ada kawan yang membantunya. 


Keesokan harinya...

Ji Yeon: Hello? Siapa ni?
TOP: Ni TOP.
Ji Yeon: Eh? TOP? Kenapa kau telefon aku? Macam mana kau tahu nombor telefon aku?
TOP: Tu kau tak payah tahu. Hari ni kau nak pergi mana? Pukul berapa? Dengan siapa?
Ji Yeon: Kenapa?
TOP: Jawab ajelah.
Ji Yeon: Aku nak pergi Sushi King pukul 3:30pm dengan Ji Hyo.
TOP: Kau datang sana pukul 3. 
Ji Yeon: Apasal?
TOP: Baik kau datang je. 
Ji Yeon: Hm okay.

'Aduh mamat ni, bukan nak cakap bye ke ape. Terus letak je. Hampeh.' kata Ji Yeon sambil membuat muka di hadapan telefonnya itu.



'Eh? Mamat tu buat apa kat situ?' tanya Ji Yeon apabila dia ternampak TOP.
"Hoi Ji Yeon. Sini lah." panggil TOP.
"Kenapa? Apsal kau suruh aku datang awal?" tanya Ji Yeon
"Kau nak bagi duit kat Ji Hyo kan?" tanya TOP.
"Be..be..betul.. Macam mana kau tau?" tanya Ji Yeon
"Nah, kau bagi ni kat dia. Duit yang kau nak bagi tu, kau simpan. Kau jangan bagitau dia aku yang bagi." kata TOP lalu menghulurkan sampul surat itu dan berlalu pergi.

'Apasal mamat tu baik sangat ngan Ji Hyo ni?' tanya Ji Yeon.






"Nah, Ji Hyo." kata Ji Yeon sambil menghulurkan sampul surat bewarna coklat itu.
"Kau kira ah dulu. Mana tau tak cukup." sambung Ji Yeon.
"Okay." Ji Hyo mengira duit di dalam sampul surat itu.
"Ji.. Ji Yeon.." panggil Ji Hyo.
"Hm?" jawab Ji Yeon sambil mengunyah Takoyaki.
"N..ni.. Untuk 6 bulan. Bukan untuk 3 bulan.." kata Ji Hyo. Ji Yeon pula tiba-tiba tersedak.
"Uhuk! Uhuk!"
"Ish, kau ni. makan tu elok2lah sikit." kata Ji Hyo.
"Sorry. Sorry." kata Ji Yeon.
"Kenapa kau bagi banyak sangat?" tanya Ji Hyo.
"Kau boleh guna dua kali." balas Ji Yeon
"Kau ni biar betul.." kata Ji Hyo tidak puas hati.
"Ya tuhan! Betullah. Kau guna duit tu, bayar untuk tiga bulan pertama tu. Pasal nak bayar balik, jangan risau. Kalau kau tak bayar pon aku halalkan." kata Ji Yeon
"Ji Yeon!" Jerit Ji Hyo.
"Ish! Kau ni buat terkejut aku aje. Kau amek ajelah. Kalau tak putus kawan!" ugut Ji Yeon.
"Hmm. Ye lah.."
"Ok bagus! Jom lah kita balik, dah kenyang!" ajak Ji Yeon.






"Nah, Cikgu Yunho." kata Ji Hyo sambil menghulurkan sampul surat bewarna coklat itu. Cikgu Yunho mengambilnya dan mengira semuanya.
"Baiklah, kan bagus kalau kamu bayar dari awal lagi. Tak menyusahkan saya. Ok. Kamu boleh keluar." kata Cikgu Yunho.
"Selamat sejahtera, Cikgu." kata Ji Hyo dan berlalu keluar dari bilik guru itu. Ji Hyo berjalan kembali ke kelas.

"Apa masalah lagi kali ni, Ji Hyo?" tanya Eun Jung.
"Hah? Masalah apa? Dah takde masalah! Terima kasih kat Ji Yeon sebab tolong pujuk Cikgu Yunho tu. Hehehehe" kata Ji Hyo. Ji Yeon cuma tersenyum.
"Oh ya, Jessica. Masa exam percubaan tu awak dalam semua A kan? Ajar lah kami." Kata Eun Jung. Jessica hanya tersenyum.

"Eh korang semua!" Jerit Aron.

"Alahai, ingatkan dah lupa kawan. Masih ingat lagi dekat kami rupanya.." kata Ji Hyo.
"Oh ya Jessica, 3 orang lelaki ni adalah lelaki yang dah lupa kami semua." sambung Ji Hyo. Jessica tidak memberikan apa-apa reaksi,

"Ish! Kitorang aja group project la. Kitorang lupa tak sambai 2 minggu pon." kata Soo Hyun.
"Entah. Nak merajuk la macam ni." Kata Sungmin lalu berpaling ke belakang. Mereka berenam ketawa.
"Alah Sungmin, sikit-skit nak merajuk. Jessica, Sungmin ni memang gedik sikit. Jangan layan dia sangat. Hahahaha" kata Ji Yeon.








































♥Gomawo Sebab Baca Entry Ira♥

Aku dah penat!


Huargh~!
Ira dah menguap. Sekarang baru pukul 10:00pm.
Mungkin sebab tulis novel punya episode banyak sangat.
Huargh~
Menguap lagi ._. Penat betul tulis novel! Ira dah takde idea dah ni.
Apa kata Ira habiskan terus novel tu -.-
Dah tak mampu -.- 
Huarghh~! Menguap lagi sekali~ Macam xde can nak tengok Runningman marathon malam ni
._.
*cedih*
Oh, alang2 dah cerita pasal novel ni, apa kata korang tengok novel Ina pulak?

Tekan Sini :3

Novel dia best. Pendek.
Ira punya panjang ._. Berbelit pulak tu -.-
Aduh nak menaip pon dah tak boleh angkat jari.
Penat sangat -.-
Ok bye :3
Lots Of love ^^

♥Gomawo Sebab Baca Entry Ira♥

Akhirnya jadik jugak ~


Dah tengok cursor Ira? :3
Akhirnya jadi jugak..
Dulu Ira cuba tak jadi2. Apa pasal eh?
Mungkin dulu Ira tak pandai guna photoshop -.-
Sekarang ni pon takde la pandai sangat. Kalau ikut tutorial tu boleh la. 
Tu pon kau faham terus memang menipu -.-

Tutorial cursor tu thanks untuk 

Makcik Ni :D

Banyak jugak cursor Ira dah buat. Baru dapat yang cantik xD 
Cursor hover yang paling takboleh blah kan? xD

♥Gomawo Sebab Baca Entry Ira♥