Dream For Love ~ Episode 7
"Pelik betul diorang tu. Awal betul nak balik" Kata Aron.
"Aku pon nak balik lah. Dah lewat. Aku pergi dulu eh korang. Bye!"kata Ji Hyo lalu keluar dari kedai aiskrim itu.
"Eh, saya pon nak baliklah." kata Jessica.
"Apsal dengan diorang semua tu? Kita dah belanja ais krim nak lari pulak."kata Sung Min.
"Diorang ada kerja kot." kata Soo Hyun
"Macam mana la aku boleh lupa hari ni ada kerja. Macam mana aku nak pergi sekolah esok kalau basikal pancit. Aduhai." keluh Ji Hyo. Sedang dia berjalan balik ke rumah, tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di sebelahnya. Ji Hyo tidak tahu apa-apa dan terus berjalan.
"Ponnnnnnnnnnnnnnnnnn!"
"Oh omma kau beruk!" latah Ji Hyo.
"Eii kurang asam nak hon-hon pulak. Aku ada kacau dia ke?" kata Ji Hyo kemudian sambung berjalan.
"Oi Ji Hyo!" jerit satu suara.
"Hah?" Ji Hyo terkejut lalu berpaling ke belakang.
"TOP?" Ji Hyo terkejut melihat lelaki itu.
"Kau nak pergi mana?" tanya TOP
"Eiii. Tak payah la sebok. Pergi lah dengan urusan kau tu."kata Ji Hyo lalu berpaling pergi.
"Aku nak tumpangkanlah! Jom lah." pelawa TOP.
"Terima kasih aje lah. Dah nak sampai dah pon." tolak Ji Hyo.
"Kau jangan menyesal pulak nanti." kata TOP.
"Kenapa aku nak menyesal pulak? Sebab tak terima pelawaan kau? Sudah lah. Aku nak balik. Bye." kata Ji Hyo lalu menyambung perjalanannya.
'Buang tebiat ke mamat tu nak tumpangkan aku?' kata Ji Hyo. Tanpa Ji Hyo sedari, TOP mengikut dia dari belakang. Apabila sampai dirumah Ji Hyo, Ji Hyo masuk ke rumahnya.
'Ni ke rumah dia? Kecik je. Dia tinggal sorang je kan?' kata TOP lalu membawa keluar telefon bimbitnya.
'Ji Yeon, Ji Hyo tinggal sorang kan?'
'Ya. Kenapa?'
'Takde ape. Gomawo.'
'K'
"Baik aku balik sebelum dia nampak aku. Kalau dia nampak nanti tak pasal2 aku kena cepuk" kata TOP lalu mengundur.
~
"Kenapa korang balik awal semalam?" tanya Ji Hyo kepada Ji Yeon dan Eun Jung.
"Kitorang ada kerja sikit. Hehhehe." jawab Ji Yeon. Eun Jung cuma mencebik. Sedang mereka berbual-bual. Ji Hyo terdengar perbualan murid perempuan disebelahnya.
"Eh, kau tahu tak TOP nak pindah minggu depan?" kata Min-ha
"Serious? Why suddenly? Macam mana kau tahu?" tanya Eun Ha.
"Tak tahu. Ayah dia nak hantar dia pergi luar negara. Aku dengar kat bilik guru. Cikgu Yunho tengah cakap ngan Cikgu Bom." kata Min Ha.
"Apelah. Sepatutnya bagi la TOP tinggal sini. Tinggal setahun je lagi." kata Eun Ha sambil mengeluh.
"Tulah pasal."
'Apa? Dia nak pindah sekolah? Dia nak kenakan aku lagi ke?' kata Ji Hyo.
"Ji Hyo, kenapa ni?" tanya Jessica.
"Hah? Takde apelah." kata Ji Hyo.
"Eiiiii! Nampaknya dah ada orang jatuh cinta kat kelas kita ni." kata Ji Yeon
"Kau! Aish! Mana ada. Aku tengah berfikir je lah. Sebok je" kata Ji Hyo. Ji Yeon ada ketawa.
~
Ji Hyo mencari TOP di merata-rata tempat selepas tamat sesi persekolahan. Cari-cari, akhirnya Ji Hyo jumpa TOP di dalam gym.
"Oi bingu TOP!" kata Ji Hyo sambil menepuk bahu TOP.
"Kau panggil aku bingu?" tanya TOP sambil memandang kearah Ji Hyo.
"Lah. Tu pon nak marah. Apsal kau lepak sini? Taknak balik ke?" tanya Ji Hyo.
"Aku saja je nak lepak sini. Kau tak nak balik ke? Pergi lah balik. Semak betul." kata TOP. Ji Hyo tak menghiraukan kata-kata pedas TOP itu.
"Aku nak tanya lah Tabi!!!" kata Ji Hyo.
"Kau ni kan, macam-macam nama panggilan kau bagi kat aku. Bingu lah, Tabi lah." kata TOP.
"Aku nak tanya lah." kata Ji Hyo.
"Tanya apa? Tanya ajelah."kata TOP
"Kau nak pindah eh?" Tanya Ji Hyo tanpa ragu-ragu. TOP terkejut lalu memandang ke arah Ji Hyo.
"Apa kau cakap ni?" tanya TOP.
"TOP, please la cakap benda betul." kata Ji Hyo.
"Kalau aku pindah pon apa masalahnya." kata TOP.
"TOP. Aku tanya elok2. Baik kau jawab betul2." kata Ji Hyo yang sudah hilang sabar.
"A'ah. Aku nak pindah. Jadi apa masalah kau? Kau suka lah? Sebab aku dah tak dera kau lagi?" tanya TOP bertubi-tubi.
"Apasal tiba-tiba?" tanya Ji Hyo.
"Bapak aku ada kerja ah." kata TOP.
"Aku pergi dulu." kata Ji Hyo lalu berlalu keluar dari gym. TOP cuma tersenyum.
Ji Hyo berlari keluar dari sekolah itu dan duduk diatas bangku.
'Apa dia ingat dia bagus sangat? Pindah lah! Aku tak pernah nak menangis sebab kau pon!'
Ji Hyo memarahi TOP sepuas hati. Tapi dia tak mampu nak cakap seperti itu dihadapan TOP.
♥Gomawo Sebab Baca Entry Ira♥
0 comments:
Post a Comment