Dream For Love ~ Episode 1
"Song Ji Hyo" panggil Cikgu Yunho
"Saya" kata Ji Hyo
"Kamu jumpa saya di pejabat semasa rehat nanti. Selamat Sejahtera kelas" kata Cikgu Yunho lalu berlalu keluar.
"Apa pula masalah kali ni.." keluh Ji Hyo.
"Ji Hyo, apa masalah pulak kali ni?" tanya Eun Jung sambil memegang bahu kawan baiknya itu.
"Tak tahulah. Tahun ni banyak betul aku dapat masalah" keluh Ji Hyo sambil melukis di dalam buku notanya.
"Aku ada bawak makanan nak kongsi dengan kau. Tapi kau kena jumpa Cikgu Yunho pulak" kata Eun Jung sambil mengeluh.
"Takpelah, lain kali kita kongsi." kata Ji Hyo. Eun Jung cuma menggangguk.
'Kenapalah banyak sangat masalah aku" keluh Ji Hyo lagi.
"KRINGGGGGGGGGGGGGGGG!" Waktu makan tengahari. Pelajar2 sudah membawa keluar bekal makanan kecuali Ji Hyo.
"Kau nak aku teman kau ke Ji Hyo?" tanya Eun Jung
"Takpelah Eun Jung. Kau makan je. Nanti aku balik aku citer kat kau ok?" kata Ji Hyo lalu berlalu pergi.
"Ji Hyo!!" Jerit satu suara.
"Oh mak kau. Aish! Kau ni buat terkejut aku je." latah Ji Hyo lalu marah kepada Hong Ki.
"Hee~ Kau nak pergi mana ni? Tak makan ke?" kata Hong Ki sambil mengikuti langkah Ji Hyo.
"Aku nak pergi tempat biasa. Yang kau ikut aku ni kenapa pulak?" tanya Ji Hyo.
"Tempat biasa? Kenapa kau nak pergi bilik guru lagi? Tiap2 minggu kau kena pergi." tanya Hong Ki tanpa menghiraukan pertayaan Ji Hyo.
"Macam biasalah. Aku kan selalu bayar yuran lewat. Alah, kau tak payah risau lah. Dah! Pergi la makan. Ish selalu sibuk urusan orang" kata Ji Hyo lalu mempercepatkan langkahnya. Hong Ki cuma tersenyum lalu berlalu pergi ke kelasnya kembali.
"Kamu ingat ini sekolah percuma?! Tak perlu bayar? Ini sudah masuk bulan ke 3 tapi kamu masih tak bayar yuran dari bulan pertama. Kamu perlu bekerja sendirikah?!" Tanya Cikgu Yunho. Tegas.
"Maafkan saya cikgu. Saya akan cuba bayar."
"Ji Hyo, susah sangat ke? Cuma perlu mintak duit dari mak kamu dan bayar yuran! Lagipun yuran bukannya mahal." suara Cikgu Yunho mula perlahan apabila menyedar ramai cikgu lain yang memerhatikannya.
"Maafkan saya cikgu" kata Ji Hyo. Matanya sudah bertakung air mata.
"Kalau kamu tak bayar dalam masa 2 minggu, saya perlu buang kamu dari sekolah. Kau banyak timbulkan masalah kepada saya. Kalau kamu tak bayar, saya juga takkan dapat gaji. Kamu boleh pergi sekarang. Kata Cikgu Yunho lagi.
"Selamat sejahtera cikgu." kata Ji Hyo lalu berlalu pergi.
"Ish. Mana Ji Hyo ni, Ji Yeon? Masa makan tengahari dah nak habis." tanya Eun Jung.
"Aku pon tak tau. Nak cari dia tak?" cadang Ji Yeon.
"Ish. Tak payah la. Nanti kita mesti kena denda sebab merayau2 kat kawasan sekolah." bantah Eun Jung.
"Habis tu? Mungkin Ji Hyo kena denda jugak nanti. Kita tak boleh biarkan kawan kita macam tu je." kata Ji Yeon.
"Dia ada alasan. Dia pergi jumpa Cikgu Yunho. Kita? Kita cuma nak cari dia. Cikgu Bom takkan percayakkan kita punya" kata Eun Jung sambil membetulkan spek matanya. Ji Yeon dah tidak membantah lagi.
"Kenapalah nasib aku selalu macam ni?" keluh Ji Hyo sambil meyentuh gitar di dalam bilik musik yang tidak digunakan itu. Ji Hyo menangis sepuas-puasnya di dalam bilik musik itu. Tiba-tiba pintu terbuka. Ji Hyo terkaku. Ji Hyo cuma duduk diam tidak bergerak.
'Aduh. Kalau orang itu tahu aku ada di sini, mesti dia akan laporkan pada Cikgu Bom.'bisik Ji Hyo perlahan. Tiba- tiba pintu tertutup.
"Fuhhhhhhhh. Nasib baiklah dia tidak perasan aku." kata Ji Hyo. Tiba-tiba lampu bilik musik itu terbuka. Sekali lagi Ji Hyo terkaku. Ji Hyo yang sedikit rabun itu tidak nampak tuan empunya badan yang membuka lampu itu. Tiba-tiba orang itu mendekati Ji Hyo.
^^B E R S A M B U N G^^
♥Gomawo Sebab Baca Entry Ira♥
0 comments:
Post a Comment